Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.
M enurut Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19. |
"Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.
"Hajiji kini menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) bagi rawatan seterusnyn dan kesihatannya baik serta stabil," katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.
Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa.
Sehubungan itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Sabah dan Malaysia selamat daripada COVID-19.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan memaklumkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.
Kata Safar, langkah itu dibuat secara sukarela oleh Hajiji setelah beliau terdedah kepada individu positif COVID-19.
Safar turut memaklumkan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa dan sebarang mesyuarat akan dilakukan melalui sidang video.
Sumber - Astro Awani
إرسال تعليق