Kanak-kanak dirogol selepas diumpan dengan gula-gula
P
olis berjaya memberkas suspek kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Inanam pada Khamis.
Sekitar pukul 1.30 tengah hari bertempat di tepi jalan Tuaran Bypass, berhampiran Wisma YLY, Inanam, Kota Kinabalu, sepasukan pegawai dan anggota D9, BSJ IPD Kota Kinabalu serta anggota Balai Polis Inanam telah menahan seorang lelaki dan merampas barang kes yang berkaitan dengan kes ini.
"Hasil soal siasat awal yang dijalankan, suspek mengaku merogol mangsa di kawasan pondok, di dalam hutan berdekatan dengan Plaza YLY Monkey Kitchen, Inanam di sini.
"Suspek juga mengaku ada memberikan wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memberitahu bapa mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methaphetamine dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Habibi berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 25 November 2020 dan memberitahu bahawa suspek telah merogol anak perempuannya.
"Lebih kurang pukul 9.30 pagi, pengadu diberitahu oleh anaknya (mangsa), seorang lelaki (suspek) tidak dikenali telah merogolnya.
"Mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah berseorangan untuk ke rumah makciknya yang tidak jauh dari rumahnya.
"Semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, mangsa telah ditahan oleh suspek yang meminta mangsa untuk mengikutinya dengan memberikan gula-gula sebelum kedua-dua mereka pergi ke sebuah pondok yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari rumah mangsa," katanya.
Habibi turut berkata suspek telah mengugut mangsa dengan sebilah pisau sebelum melakukan perbuatan rogol tersebut.
"Mangsa yang takut hanya dapat menangis di kawasan pondok tersebut dan kemudiannya suspek telah bertindak mencium mulut mangsa dan telah membuka baju mangsa sebelum memasukkan alat kemaluannya ke dalam alat kemaluan mangsa.
"Selepas itu mangsa kemudiannya telah dibenarkan balik oleh suspek dan suspek telah memberikan mangsa wang sebanyak RM5 agar mangsa tidak memberitahu kejadian ini kepada bapa mangsa."jelasnya.
Siasatan awal ditempat kejadian mendapati kawasan tersebut merupakan kawasan hutan dan terdapat sebuah pondok yang disyaki digunakan tempat penagih dadah.

Post a Comment