Kota Kinabalu dapat Datuk Bandar wanita pertama!

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Noorliza Awang Alip

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Noorliza Awang Alip Mayor DBKK Ke-6.

Buat pertama kali sejak diisytiharkan sebagai bandar raya 20 tahun lalu, Kota Kinabalu mendapat seorang Datuk Bandar wanita.

Noorliza Awang Alip, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dilantik sebagai Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-6 bagi menggantikan Datuk Nordin Siman (Mayor Bandaraya Kota Kinabalu ke-5) yang akan bersara pada 31 Disember 2020.
Jeremy Renner
Ketua Pengarah DBKK, Noorliza Awang Alip menjadi wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar bandar raya KK.
Selain Nordin, turut pernah menjadi Datuk Bandar ialah Abd Ghani Abd Rashid (2000-2005), Iliyas Ibrahim (2005-2011), Abidin Madingkir (2011-2016) dan Yeo Boon Hai (2016-2018).

Noorliza Awang Alip juga adalah wanita pertama yang memegang jawatan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bagi negeri Sabah, ini menzahirkan pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan wanita oleh Kerajaan negeri Sabah.
Jeremy Renner
Majlis penyampaian watikah pelantikan telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah pada pagi tadi. Tahniah atas pelantikan Puan Noorliza Awang Alip sebagai Mayor Bandaraya yang ke 6.
Watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini. (29.12.2020)

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم