Majlis hari jadi cetus kluster baharu di Kota Kinabalu dengan 14 kes positif

Kickbola.net Bermula esok, semua jenis perniagaan di Sabah dibenarkan beroperasi sehingga jam 9 malam.

Majlis hari jadi cetus kluster baharu di Kota Kinabalu dengan 14 kes positif

Satu kluster baharu direkodkan hari ini berikutan sambutan hari jadi di Restoran Little Nanyang Bakuteh, Kolombong yang dikesan melalui saringan bergejala Selasa lalu.

K
luster Jalan Mangga’ merupakan kes index seorang lelaki, 69, dari Kionsom, Inanam yang mengalami gejala demam sebelum disahkan positif RTK Antigen di sebuah klinik swasta.

Datuk Seri Masidi Manjun berkata saringan kontak mendapati 13 lagi kes positif melibatkan ahli keluarga dan generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes.

“Pasukan kawalan masih giat menjalankan aktiviti pengesanan.

Sementara itu, sebanyak 136 kes baru dikesan di Sabah dengan dua kematian masing-masing di Lahad Datu dan Putatan.

“Daripada 136 kes positif COVID-19, sebanyak 79 kes berpunca dari saringan kontak rapat, 19 kes dari saringan bergejala, 22 kes dari kluster sedia ada serta 16 kes dari lain-lain kategori,” kata jurucakap COVID-19 negeri in I.

Sebanyak 32 kes baru tersebut berasal di Tawau menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 343 kes positif.

Kickbola.net Masidi menggesa lebih ramai penduduk situ berdaftar sebagai penerima vaksin.
Berbanding jumlah penduduk seramai 441,774 orang, hanya 12.7 peratus (44,529) pendaftar sahaja yang telah melengkapkan dua dos vaksin.


“Oleh itu, masyarakat disaran mendaftar sebagai penerima sebagaimana saranan Kerajaan agar sasaran Imuniti Kelompok dapat dicapai.

“Kaedah pendaftaran boleh dibuat sama ada secara hadir terus ke klinik-klinik kesihatan berhampiran, mendaftar melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my, ataupun menerusi panggilan hotline 1 800 88 828, selain memuat turun aplikasi MySejahtera,” beliau ingatkan.

Post a Comment

أحدث أقدم