Mulai 10 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Sabah

Kickbola.net Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun, berkata ziarah Hari Raya dibenarkan namun hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

Sumber: Kenyataan Media Harian Kerajaan Negeri Sabah, 6 Mei 2021

Rentas daerah tidak dibenarkan di Sabah mulai 10 hingga 16 Mei, termasuk antara zon yang ditetapkan sebelum ini.

M
enteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun, berkata keputusan itu adalah sementara bagi mengawal pergerakan orang ramai sempena cuti Aidilfitri dan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Kerajaan negeri memutuskan aktiviti rentas daerah tidak dibenarikan mulai 10 hingga 16 Mei kecuali atas urusan kecemasan.

Kickbola.netKerajaan Negeri hari ini memutuskan aktiviti rentas daerah TIDAK DIBENARKAN mulai 10 hingga 16 Mei 2021 KECUALI atas urusan kecemasan.
“Dalam tempoh itu juga, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu daerah.

Kickbola.net Pihak PDRM akan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah semasa tempoh yang dinyatakan.
“Polis akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan rentas daerah sepanjang tempoh berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Masidi berkata, ziarah Hari Raya dibenarkan namun hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.

Kickbola.net Dalam tempoh ini, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang dikategorikan sebagai satu (1) daerah.

Katanya, ziarah itu juga hanya dibenarkan dalam lingkungan daerah sama selain tertakluk kepada saiz kapasiti rumah.

“Lain-lain aktiviti dibenarkan ketika Hari Raya ialah takbir di masjid dan surau, solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau, dan jamuan selepas solat di masjid dan surau dengan syarat penyediaan makanan secara berbungkus dan diedarkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

“Selain itu, ziarah tanah kubur ketika Hari Raya juga dibenarkan namun tidak melebihi enam orang dalam satu lot kuburan dan had masa tidak melebihi 30 minit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, penganjuran majlis Hari Raya dan rumah terbuka tidak dibenarkan manakala semua aktiviti perayaan dilarang di lokaliti perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). – FMT

Post a Comment

أحدث أقدم