Lelaki Maut Tertimbus Runtuhan Batu Di Kampung Pinousuk, Kundasang

Kickbola.net Penduduk kampung menunjukkan lokasi mangsa terperangkap dalam runtuhan batu.

SEORANG LELAKI WARGA INDONESIA MAUT DITIMPA RUNTUHAN BATU

Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia selepas terperangkap di dapur rumahnya yang ditimpa runtuhan batu dalam kejadian di Kampung Pinousuk, Kundasang, di sini, semalam.

D
alam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Junaidi Gangka, 55, dikatakan sedang berehat bersama isteri di dapur berkenaan.


Bagaimanapun, sebaik runtuhan berlaku, hanya isteri mangsa sempat melarikan diri bersama anak-anak manakala mangsa pula terperangkap di dalam rumah berkenaan.

http://beritaup2date.blogspot.com/Penduduk kampung menunjukkan lokasi mangsa terperangkap dalam runtuhan batu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan dengan bantuan beberapa pekebun berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, mangsa terus dibawa untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di Hospital Ranau.

“Dalam kejadian ini, isteri mangsa dan dia anak berusia 18 dan 6 tahun yang turut berada di dalam rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Simiun berkata, pihaknya sudah melawat lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan memberi amaran kemungkinan kejadian runtuhan berulang lagi.

Picture
DSP SIMIUN LOMUDIN -Ketua Polis Daerah Ranau

Katanya, penduduk dinasihatkan supaya berwaspada disebabkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. – Asiatimes

Post a Comment

أحدث أقدم