Bijak menguruskan masa antara pelajaran di universiti dengan aktiviti Unduk Ngadau 2021 merupakan cabaran besar buat gadis kacukan Kadazan-Poland ini.
Kecekalan dan semangat itu nampaknya tidak sia-sia apabila peserta Unduk Ngadau mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Maya Hejnowska dimahkota ratu Unduk Ngadau peringkat negeri 2021."Syukur kepada tuhan sebab tersenarai dalam Top 21. Bila sudah tersenarai itu cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan peringkat universiti.
"Saya bergelut juga masa itu. Saya perlu bijak menguruskan masa agar emosi saya tidak terganggu. Syukur semuanya berjalan lancar dan dinobat ratu pula," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Dewan KDCA, Penampang pada Isnin.
Walaupun menganggap klise, tetapi anak kedua dari tiga beradik itu tidak menyangka akan dipilih sebagai ratu Unduk Ngadau 2021.
Malah, ketabahan ibu selain sokongan dan restu disifatkan penyumbang kepada keyakinan dirinya hingga berjaya.
"Ibu saya sangat cekal. Dia wanita hebat. Dia membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Dia tidak pernah mengeluh atau mengadu. Semua dibuatnya dengan terbaik.
"Apabila saya di atas pentas dan nampak dia saya rasa mahu menangis," katanya.
Biodata Maya Hejnowska, Juara Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Memang tak berkelip mata tengok ratu unduk ngadau yang baru ni!
Daripada 78 peserta dari seluruh Sabah yang menyertai pertandingan Unduk Ngadau tahun ini, Maya Hejnowska merupakan gadis yang telah berjaya hati juri sehingga beliau dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2021.
Sesi soal jawab yang mantap dan padu bawa tuah buat Maya
Bukan sahaja memiliki raut wajah yang cantik, bahkan Maya juga telah berjaya mengharungi 2 sesi soal jawab dalam bahasa Kadazan dengan begitu cemerlang. Menerusi ucapan kemenangan Maya, beliau memberitahu bahawa budaya adalah tentang bagaimana kita menjalani kehidupan seharian sambil terus mengamalkan budaya akar umbi, baik ianya bahasa percakapan, makanan, dan apa-apa sahaja yang berkaitan. Budaya bukan sekadar tentang darah (keturunan) dan etnik semata-mata. Fuh, memang mantap bah!
Menerusi kemenangan tersebut, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830, yang merangkumi RM 25,000 hadiah wang tunai daripada pelbagai penaja, serta tajaan biasiswa pendidikan sebanyak RM 35,000 daripada North Borneo University College.
Keturunan : Kadazan-Poland
Usia : 21 tahun
Asal : Api-Api, Kota Kinabalu Sabah
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Profesion : Pelajar/Model
Akaun media sosial
Instagram : @mayahejnowska
TikTok : @maya_ska
Facebook : Maya Hejnowska
4 fakta menarik mengenai Maya Hejnowska sebelum dimahkotakan gelaran Unduk Ngadau 2021
1. Pandai menyanyi
Kalau Maya tidak minat menyanyi, masakan beliau memilih muzik sebagai jurusannya di peringkat universiti, kan? Ratu Unduk Ngadau ini sememangnya mempunyai suara yang merdu dan pandai menyanyi. Beliau aktif membuat video duet di laman sosial media TikTok dan sering menyanyikan lagu dalam bahasa Kadazan. Siuk ow dengar dia nyanyi!
2. Pertama kali menyertai ratu cantik Unduk Ngadau dan..menang!@maya_ska ##duetwithme ! ❤️ kosorou kopo nangku doho by Jestie Alexius.
♬ original sound - maya hej
Untuk pengetahuan anda, Unduk Ngadau Kaamatan 2021 merupakan pertandingan ratu cantik yang pertama disertai olehnya. Walaupun mengakui sedikit gementar dan tidak meletakkan apa-apa harapan, namun beliau berasa bersyukur kerana dikelilingi oleh ahli keluarga, rakan-rakan, pensyarah serta individu yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan tips untuknya berjaya mengharungi Unduk Ngadau sehingga dinobatkan menjadi juara.
3. Ibunya sebagai sumber kekuatan dan inspirasi
Siapa lagi yang menjadi sumber inspirasi kalau bukan si ibu, bukan? Maya menyifatkan ibunya sebagai seorang yang sangat kuat dan cekal kerana mampu membesarkannya dan adik-beradiknya yang lain tanpa keluh kesah. Malah, Maya berasa sebak melihat ibunya semasa berada di atas pentas dan berharap agar ibunya berasa bangga dengan pencapaiannya. Menurut sebuah sumber, ibunya merupakan seorang wartawan terkemuka yang bekerja di sebuah syarikat akhbar tempatan.
4. Berada pada waktu kemuncak tugasan dan peperiksaan semasa diumumkan sebagai Top 21 Unduk Ngadau Kaamatan 2021
Memandangkan beliau masih lagi bergelar seorang mahasiswi, tugasan dan peperiksan pastinya sesuatu yang sangat penting dan tidak asing baginya. Namun, itu semua menjadi satu cabaran besar apabila beliau terpaksa bijak menyusun masa untuk menyiapkan tugasan tatkala beliau sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi pertandingan Unduk Ngadau 2021. Beliau mengakui bergelut dengan masa dan perlu menjaga emosi agar tidak terganggu. Bukan senang, tetapi beliau mengakui telah berjaya fasa-fasa sukar tersebut . Penat lelah terbalas jua kan?
Tahniah diucapkan kepada Maya Hejnowska atas kemenangan ini. Semoga ia menjadi inspirasi dan dorongan kepada beliau agar terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini. Memetik kata-kata Maya,
“Walaupun banyak orang kata nama saya ini seperti nama orang Russia, tapi saya tetap anak Kadazan apabila berada di rumah,” Maya Hejnowska
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق