SPRM Sabah Tahan Lans Koperal Terima Rasuah Daripada Warga Pakistan

Kickbola.net Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,500.

SPRM TAHAN ANGGOTA POLIS TERIMA RASUAH DARIPADA WARGA PAKISTAN

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,500 hari ini.

M
enurut sumber, wang berkenaan diminta daripada seorang warga Pakistan sebagai balasan untuk memulangkan semula barangan-barangan yang ditahan iaitu sebuah motosikal, buku hutang dan passport milik warga Pakistan berkenaan.


Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan di sebuah daerah kira-kira 11.30 pagi tadi.

Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah kira-kira RM3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.