2 lelaki nyaris maut bila MPV terjunam ke gaung Jalan Lahad Datu - Kunak

Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kenderaan yang ditumpangnya terbabas sebelum masuk ke dalam gaung di kawasan Sabahan.



Berpantang maut sebelum Ajal, 2 lelaki nyaris Maut bila MPV yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Jalan Lahad Datu - Kunak pada Isnin (26 Julai).

Kedua-dua mangsa - Ahmad Mulunji, 55 dan Jamali Kummali, 45 - hanya mengalami kecederaan ringan akibat daripada kemalangan tersebut yang berlaku pada pukul 11.30 malam ketika dalam perjalanan di Kawasan Sabahan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu mengatakan bahawa pemandu, Ahmad, hilang kawalan kenderaan MPV yang dipandu mengakibatkan mereka tergelincir dari jalan utama dan terhumban ke gaung dalam 10m .

Mujur di kemalangan itu terdapat Pokok yang menghalang kenderaan itu daripada turun lebih jauh.


Ahmad berjaya melarikan diri tanpa cedera sementara Jamali mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua mangsa diberi pemeriksaan dan bantuan perubatan awal ketika anggota bomba tiba sebelum mereka dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.34 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota bomba bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat dua lelaki berumur 45 dan 55 tahun masih berada di dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan mendapati penumpang kenderaan berkenaan mengalami kecederaan, manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba menyelesaikan operasi penyelamatan mereka sekitar jam 12.35 pagi Selasa (27 Julai) setelah memastikan semuanya jelas dan tidak ada serpihan kemalangan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain di tempat kejadian.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabit terbabas sendiri semasa melalui jalan tersebut.

“Kes tersebut sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lahad Datu,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم