666 kes baharu COVID-19 hari ini

Kickbola.netSabah sekali lagi mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu dengan 666 kes.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini juga boleh dipanggil 'Hari Penjara' kerana 50.3 peratus daripada kes di Sabah datang daripada dua penjara.

"Penjara Kapayan menyumbangkan 211 kes daripada 278 kes bagi Kota Kinabalu dan Penjara Tawau merekodkan 124 kes daripada 145 kes yg dilaporkan di Tawau.

"Secara keseluruhan 449 kes daripada 666 berlaku di kluster-kluster sedia ada yang sudah pun diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes itu, sebanyak 435 kes positif berada dalam kategori tidak bergejala, 225 kes kategori bergejala tanpa radang paru-paru).


"Ini bermakna 99 peratus mereka yang disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID) dan tidak perlu dimasukkan di hospital," katanya.

Sementara itu katanya, Sandakan merekodkan 53 kes, Sipitang 48 kes, Kalabakan 31 kes, Beaufort 27 kes, Kota Belud 17 kes, Penampang 16 kes dan Kinabatangan 10 kes.


Katanya, Telupid dan Keningau masing-masing merekodkan sembilan kes, Putatan lapan kes, Kudat enam kes, Papar empat kes, Tuaran tiga kes dan Semporna dua kes.

"Daerah yang tidak merekodkan kes baharu ialah Kunak, Lahad Datu, Tenom, Kota Marudu, Tambunan, Kuala Penyu, Ranau, Nabawan, Tongod, Pitas dan Beluran.


"Sabah juga merekodkan empat kluster baharu iaitu Kluster Agathis Kalabakan, Tembok Tawau Dua, Baru Tiga Utara Sandakan dan Sri Sandau Kinabatangan," katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم