9 Wanita Mangsa Pemerdagangan Diselamatkan di Semporna

Kickbola.netAntara wanita yang diselamatkan JIM Sabah selepas diperdaya dijanjikan pekerjaan di luar negara dengan tawaran gaji yang lumayan.



Semporna: Sembilan wanita yang terpedaya dengan pujukan dan janji manis dalang pencarian kerja yang kononnya menawarkan pekerjaan gaji lumayan berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan, semua wanita warga Filipina terbabit mendakwa dijanjikan pekerjaan menarik di kawasan timur tengah terutamanya negara Jordan dan Dubai.

Malah, semua mangsa juga dikenakan bayaran sehingga mencecah RM13,000 bagi setiap perkhidmatan diberikan dalang sindiket.

Pengarah JIM Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua wanita terbabit diselamatkan dalam operasi Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

Katanya, serbuan dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna dan sebuah lagi rumah di atas air di Kampung Terusan Hujung Batu, Pulau Bum-Bum.


“Hasil pemeriksaan lanjut, operasi berjaya menyelamatkan sembilan mangsa wanita berusia 25 hingga 40 tahun.

Kickbola.netAntara wanita yang diselamatkan JIM Sabah selepas diperdaya dijanjikan pekerjaan di luar negara dengan tawaran gaji yang lumayan.
“Dalam operasi sama, kita turut berjaya menahan dua lelaki serta seorang wanita warganegara Filipina berusia 28 hingga 40 tahun yang disyaki sebagai dalang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Muhamad Sade berkata, ketiga-tiga ahli kumpulan sindiket pemerdagangan orang ditahan di Depot Tahanan Imigresen Papar.


Manakala katanya, mangsa sindiket pula ditempatkan di Pusat Pelindungan Wanita Kota Kinabalu.

“Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

http://beritaup2date.blogspot.com/Operasi berjaya menyelamatkan 9 mangsa wanita berusia antara 25 hingga 40 tahun.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari lima belas (15) tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya,” katanya.


Muhamad Sade berkata, semua mangsa dan suspek ditahan akan menjalani proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID- 19.

Katanya, ia bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan COVID-19 sebelum dihantar ke depot Imigresen seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Post a Comment

أحدث أقدم