Anggota Pasukan Polis Sukarelawan buat part time ‘Grab’ maut dirempuh lori di Jalan Papar Lama

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang turut berada di lokasi membantu mangsa.



Sukarelawan polis maut dirempuh lori ketika part time ‘Grab’ di Jalan Papar lama

Seorang anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSPPDRM) yang membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan ‘Grab’ maut selepas dirempuh lori dalam kejadian di Jalan Papar Lama, di sini, hari ini.

D
alam kejadian jam 1.50 petang itu, mangsa berusia 33 tahun terbabit disahkan maut ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghantar makanan tiba-tiba dirempuh lori yang terbabas dari jalan bertentangan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan.

“Pemandu lori terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas di tengah pembahagi jalan dan terus memasuki laluan bertentangan.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang penunggang motosikal terus dirempuh sebelum diseret beberapa meter sehingga memasuki parit di tepi jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


http://beritaup2date.blogspot.com/Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori dalam kemalangan di Jalan Papar Lama,- Foto Ihsan Bomba

Mohd Haris berkata, pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa maut manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Mohd Haris menasihatkan masyarakat supaya tidak menularkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Katanya, ia bukan saja boleh mengganggu siasatan tetapi juga untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Sementara itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang turut hadir di lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.