Cabul jururawat, Pengawal Keselamatan Dipenjara 3 Tahun serta 3 Sebatan.

Kickbola.net Pengawal keselamatan dijatuhi hukuman 3 tahun penjara dan 3 sebatan



Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan tiga sebatan, di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana mencabul kehormatan seorang jururawat.

Hakim Stephanie Dunstan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Amin Zahari, 29, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bukit Padang, di sini, 5 Julai lalu.

Mohd Amin dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 34 tahun dengan melakukan kekerasan termasuk menumbuk muka mangsa serta mencekiknya.


Bagaimanapun, mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar daripada rumah untuk mendapatkan pertolongan jiran.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam serta bengkak dan ditempatkan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas, untuk rawatan lanjut.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Post a Comment

أحدث أقدم