Itali juara Euro 2020!

KAPTEN Itali, Giorgio Chiellini (tengah) bersama rakan-rakan sepasukan menjulang kejuaraan selepas The Azzurri muncul juara Euro 2020 pada aksi final di Stadium Wembley, London sebentar tadi. - AFP




LONDON: Itali menundukkan tuan rumah England pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Wembley sebentar tadi.

England bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.


The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.


Post a Comment

أحدث أقدم