Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang sejak tengah hari semalam, selepas keluar bersama ibunya di Sungai Kampung Kuala Apas, di sini, ditemui lemas, hari ini.
Mayat mangsa berusia dua tahun ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.11 malam tadi.
Katanya, pasukan bomba kemudiannya melakukan operasi pencarian sekitar satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.
“Hasil operasi SAR yang dijalankan, pasukan bomba berjaya menemui mangsa jam 12.25 tengah hari.
“Proses pengecaman mayat mangsa dilakukan ahli keluarga dan kematian mangsa disahkan pasukan paramedik yang hadir dilokasi kejadian ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Susulan itu, operasi SAR ditamatkan pada jam 12.54 tengah hari tadi dan operasi SAR membabitkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.
“Operasi itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasulan Gerakan Am (PGA) Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” katanya.
إرسال تعليق