Percepatkan penghantaran bekalan vaksin ke Sabah - Ketua Menteri Sabah

Kickbola.netHajiji berkata, Kelewatan vaksin jejas proses pemulihan Sabah. - Ketua Menteri Sabah



KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kekurangan bekalan vaksin yang dihadapi negeri itu menyukarkan PICK sekali gus memberi kesan terhadap Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang bermula bulan ini.

“Kerajaan negeri telah membuka 151 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah dan menjalankan program outreach ke pedalaman negeri ini.

Saya berharap bekalan vaksin dapat sampai ke Sabah secepat mungkin demi mencapai matlamat PICK di negeri ini yang menyasarkan 30,000 suntikan sehari.

Datuk Seri Hajiji Noor

Ketua Menteri Sabah

Hajiji berkata, kerajaan negeri telah membuka 151 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah dan menjalankan program outreach ke pedalaman negeri ini.


Terdahulu, Hajiji mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, Datuk Seri Wong Khen Thau.


Dalam pertemuan itu mereka turut membincangkan kesan pandemik terhadap ekonomi Sabah.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus memastikan lebih ramai orang yang diberi vaksinasi bagi menyekat penularan virus COVID-19.

Selain itu, pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat akan dilaksanakan di negeri ini.


MICC memiliki jaringan dan rangkaian antarabangsa yang luas, yang mana akan lebih stabil dalam melengkapi agenda pelaburan kerajaan negeri. – AWANI

Post a Comment

أحدث أقدم