PKPD di 5 kawasan di Sabah

Kickbola.netFoto hiasan




Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Sabah bermula Isnin hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan PKPD di Sabah membabitkan Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort; Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat serta Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD berkenaan adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di 7 lokaliti di Sabah seperti yang dijadualkan mulai tengah malam ini.


"PKPD terbabit adalah QI Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya di Kota Kinabalu serta Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud," katanya.


Post a Comment

أحدث أقدم