Warga emas edar lebih 20kg daun ketum diberkas di Beaufort

Warga emas terbabit ditahan dan dibawa ke IPD Beaufort bersama barang rampasan untuk tindakan selanjutnya.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





BEAUFORT: Seorang lelaki warga emas diberkas selepas didapati membawa 24.8 kilogram daun ketum di Kilometer 8, Jalan Beaufort-Membakut, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, warga emas berusia 66 tahun yang memandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek ditahan dalam operasi ‘Op Cegah Kemalangan’ dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Katanya, ketika pemeriksaan, pasukan polis menemui dua guni besar di bahagian tempat duduk belakang kereta suspek.

Picture
Daun ketum ditemui dalam kereta yang dipandu suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua guni berkenaan mengandungi daun disyaki ketum, iaitu antara bahan terlarang.


Daun ketum seberat 24.8 kilogram ditemui dalam kereta yang dipandu suspek.© Provided by Free Malaysia Today Daun ketum seberat 24.8 kilogram ditemui dalam kereta yang dipandu suspek. “Pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap suspek tidak menemui sebarang kesalahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Beaufort bersama barang rampasan untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati negatif dan suspek diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bagi siasatan lanjut.

Picture
Daun ketum seberat 24.8 kilogram ditemui dalam kereta yang dipandu suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم