2 ahli Kumpulan Abu Sayyaf rancang culik pemilik ladang - Hazani

DUA ahli kumpulan Abu Sayyaf ditembak mati di Pulau Timbang Sandakan.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kumpulan Abu Sayyaf bekerja sambil tunggu peluang culik



Sandakan: Dua ahli Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati di Pulau Timbang, di sini, dipercayai merancang untuk melakukan penculikan di kawasan pulau berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, siasatan awal mendapati salah seorang daripada individu yang ditembak mati itu adalah perancang utama kegiatan penculikan.

Katanya, mereka merancang untuk melakukan penculikan terhadap pemilik-pemilik ladang kelapa sawit di kawasan pulau berkenaan.

"Hasil daripada maklumat yang diperolehi, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melancarkan operasi di kawasan perumahan pekerja Ladang Borhill.

"Pasukan keselamatan kemudiannya berjaya menembak mati dua lelaki disyaki kumpulan ASG," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di sini, hari ini.

Picture
Dua anggota Abu Sayyaf mati ditembak di Pulau Timbang, Sandakan, merancang untuk menculik pemilik ladang kelapa sawit untuk tebusan - Pesuruhjaya Polis Sabah

Hazani berkata, dalam kejadian jam 5 pagi itu, kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.

Katanya, polis berjaya merampas senjata api digunakan kedua-dua suspek di lokasi kejadian dan menahan 25 lelaki di kawasan sama.

"Hasil pemeriksaan lanjut, tujuh daripada 11 lelaki warga Filipina yang ditahan dikenal pasti adalah ahli ASG.

"Manakala lapan daripada 14 lelaki warga Indonesia dibebaskan selepas majikan mereka menunjukkan dokumen dan permit kerja," katanya.


Hazani berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya percaya beberapa orang lelaki berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, dua ahli ASG ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Pulau Tibang, awal pagi tadi.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.