3 lokaliti di Sabah diarah PKPD mulai 7 Ogos

Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, sebanyak enam lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos ini.



Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein berkata, sebanyak enam lokaliti dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 7 Ogos hingga 20 Ogos seperti berikut:

Perumahan Kilang Sawit Veetar, Tongod

Kampung Baru Pasir Putih dan Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik, Tawau
.



3 lagi kawasan di Sabah akan ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan (EMCO) 14 hari mulai 7 Ogos, kata menteri kanan keselamatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Penamatan PKPD di Sabah pada 6 Ogos

Kampung Pukak, Mukim Tengah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria, Mukim Berungis, Tuaran

Kampung Gumandang, Kudat

Kampung Lumatai Ulu, Beaufort

Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole, Sipitang


Sementara itu Hishammuddin berkata, 254 orang ditahan kerana ingkar SOP dengan 240 daripadanya dikompaun manakala 14 lagi direman.

Beliau berkata, 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan empat kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post