Tiga suspek pemburu haram dan senjata yang dirampas. – Foto PGA |
KENINGAU: Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan pemburuan haram di Hutan Simpan Sepulut, di sini, ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Bersepadu Khazanah (OBK) semalam.
Dalam operasi 1 pagi itu, turut dirampas selaras senjata api buatan sendiri jenis ‘bakakuk’ dan tiga paket plastik berisi syabu.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Katanya, semasa rondaan dijalankan di Batu 63, Hutan Simpan Sepulut, pasukan operasi terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan beberapa barang salah seperti senjata api buatan sendiri, peluru dan dadah.
PEMBURU HARAM: Tiga lelaki yang ditahan bersama barang rampasan oleh pasukan PGA selepas dipercayai menjalankan aktivti pemburuan haram. |
Mohd Abduh berkata, semua barang yang dirampas seperti kereta, motosikal dan senjata api dianggarkan bernilai keseluruhan RM56,165.
3 Pemburu Haram Ditahan, Rampas Bakakuk & Syabu di Batu 63, Hutan Simpan Sepulut |
“Kes juga akan diserahkan kepada pegawai penyiasat IPD Keningau dan IPD Kinabatangan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. – HMetro
إرسال تعليق