Akibat cemburu buta, suami acu parang, tumbuk isteri

Gambar Hiasan



Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata dalam kejadian jam 7 malam itu suspek berumur 60 tahun itu turut mengacukan parang kepada isterinya berumur 48 tahun.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengesyaki isterinya ada hubungan dengan lelaki lain sebelum mengugut isterinya menggunakan parang dengan mengacu ke leher mangsa.

"Suspek turut mengugut mahu membunuh isterinya sebelum bertindak menumbuk di bahagian pinggang kiri mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya mangsa kemudiannya mengadu sakit di bahagian pinggang kiri dan terpaksa dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya mangsa juga tidak mampu berjalan semasa diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.


Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob
“Mangsa turut mendakwa kejadian keganasan terhadapnya bukan pertama kali berlaku dan keterangan lanjut akan diambil selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital.

"Siasatan menjurus kepada kes ugutan jenayah dan mendatang kecederaan membabitkan keganasan rumah tangga," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.