Bom lama seberat 226 kg dimusnahkan di Beaufort

Sebutir bom lama seberat hampir 226 kilogram dimusnahkan di tapak pembinaan Taman Impiana sekitar jam 2 petang tadi. Foto: Ihsan PDRM

Bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di Beaufort



BEAUFORT – Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort memusnahkan sebiji bom lama seberat hampir 226 kilogram (kg) di tapak pembinaan Taman Impiana sekitar jam 2 petang tadi.

Bom lama jenis Air Drop berkenaan dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, bom berkenaan dipercayai digugurkan oleh Tentera British menggunakan pesawat udara namun tidak meletup.

“Berat bom itu dianggarkan hampir 226 kilogram dengan anggaran jarak bahaya letupan yang mampu mencecah sehingga 500 meter.

“Proses memusnahkan bom dilakukan pada pukul 2 petang tadi dan selesai sepenuhnya kira-kira pukul 2.45 petang dengan kawalan ketat pasukan polis.


Bom Perang Dunia Ke-2 ditemui di Beaufort
“Bom berjaya diletupkan dengan impak yang minimum tanpa sebarang masalah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, sekumpulan pekerja binaan dikejutkan dengan penemuan sebutir bom lama kira-kira pukul 10 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ekoran penemuan itu, sepasukan polis dari IPD Beaufort bergegas ke lokasi dan menemui bom berkenaan dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua. -K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.