Ebi dipindahkan dari pusat kuarantin ke Hospital Tuaran kerana mengalami sesak nafas berpanjangan. - Foto Ebi Kornelis |
Penyanyi Ebi Kornelis, 38, dan bapanya, Yaimal Muhammad, 74, disahkan positif COVID-19.
Berita duka itu dimaklumkan naib juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima itu menerusi laman Facebook (FB), hari ini.
Kini, Ebi ditempatkan di Hospital Tuaran, Sabah manakala bapanya pula di Hospital Queen Elizabeth.
Ebi berkata, dia tidak pasti bagaimana boleh mendapat jangkitan pandemik berkenaan.
"Sejujurnya, saya tidak tahu jangkitan dari mana. Seingat saya, hanya menemani ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin dos pertama pada 27 Julai lalu.
Bapa Ebi, Yaimal dihantar ke Hospital Queen Elizabeth akibat kekurangan oksigen. |
"Saya dan bapa ke hospital, dua hari lalu. Bagaimanapun, saya dibenarkan pulang menjalani kuarantin kendiri di rumah, manakala bapa ditahan di pusat kuarantin kampus Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN," katanya.
Bagaimanapun, Ebi berkata, dia mula mengalami sesak nafas dan bergegas ke hospital, semalam. Dan ketika ini sedang dirawat di Hospital Tuaran.
"Selepas diperiksa, saya diarahkan ke pusat kuarantin kampus INTAN. Bapa pula dari pusat kuarantin diarah ke Hospital Queen Elizabeth kerana kekurangan oksigen.
"Hari ini, saya dipindahkan dari pusat kuarantin ke Hospital Tuaran kerana mengalami sesak nafas berpanjangan," katanya.
Ebi berkata, dia bimbang dengan keadaan ibunya, Reni Bakar, 81, yang masih menunggu Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
"Mama kini berada di rumah di Kampung Padas Baru, Tebobon. Mama belum melakukan ujian calitan.
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan Mama kerana kini berada di hospital. Saya cuba menghubunginya, namun panggilan tidak berjawab," katanya.
إرسال تعليق