Menara Pemerhati Bukit Bendera direnovasi

Menara Pemerhati Bukit Bendera, Kota Kinabalu dalam proses renovasi

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip menjawab ketika ditanya mengenai foto tular di media sosial yang mendakwa bahawa menara pemerhati 'Signal Hill Observatory' di Bukit Bendera akan ditingkatkan dan bukannya dirobohkan.

Beliau memberitahu,DBKK telah mengambil semula premis di menara pemerhati ini untuk menaik taraf dan membuat pengubahsuaian untuk membina jambatan kaca menghubungkan menara pemerhati tersebut ke menara Jam Atkinson di bawah.

Projek ini adalah sebahagian daripada projek peningkatan dibawah Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), yang menghubungkan Menara Jam Atkinson dan menara pemerhati di Bukit Bendera yang dijangka akan mengambil akan masa selama 18-24 bulan untuk disiapkan dibawah penyeliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pada masa ini, kawasan restoren 'KK View Cafe' telah dibongkar dan ditutup sementara untuk dikunjungi orang awam.

Setelah menara pemerhati ini siap pemuliharaan dan dinaiktaraf, DBKK buat sementara waktu tidak akan membuka sebarang aktiviti jualan.

Pada masa ini disebabkan pandemik covid-19, beliau menyarankan orang ramai untuk jaga diri di rumah agar selamat dan sihat serta bersabar sepanjang berlangsungnya Fasa Pemulihan Pelan Negara sehingga ia ditamatkan.

Moga-moga, ia akan menjadi lokasi yang indah untuk dikunjungi oleh masyarakat setempat dan pelancong amnya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم