PKPD di 7 lokaliti di Sabah mulai 10 ogos

PKPD akan dilaksanakan di 7 lokaliti di Sabah.



PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 7 kawasan di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas meneliti penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 10 hingga 23 Ogos seperti berikut:

2 Lokaliti di Blok 11 Kg Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, Kampung Rawa-Rawa Batu 4 di Tawau,

4 Lokaliti di Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan, Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo, Kalabakan dan

Kampung Padas di Kota Kinabalu.

Penamatan PKPD pada 9 Ogos

Kampung Sumaang, Ranau,

Kampung Sangkabok, Menumbok, Kuala Penyu,

Taman Semarak Megah, Tawau,

Ladang Belian, Kalabakan,

2 lokaliti di Sipitang, Kampung Pelakat, Kampung Pelakat Jaya,

2 lokaliti Beaufort, Kampung Batandok dan Kampung Menanjung, Sabah.


Sementara itu, Hishammuddin berkata, 276 orang ditahan kerana ingkar SOP dengan 255 daripadanya dikompaun dan 21 lagi direman.

Beliau berkata sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.