PKPD di 7 lokaliti di Sabah mulai 23 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 7 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 5 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 9 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 23 Ogos hingga 5 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 23 Ogos hingga 5 September seperti berikut:

a) 4 Lokaliti di Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Kurnia, Batu 4, Tawau

b) 2 Lokaliti di Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama, Beluran

c) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Sandakan

Lanjutan PKPD 23 Ogos hingga 5 Sept

a) Taman Semarak Indah, Tawau

b) Kampung Tanjung Kapor, Kudat


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 21 Ogos

Flat Sri Semarak dan Taman Sejati, Tawau

Kampung Koidupan dan Kampung Guunsing-Novunsu, Penampang

Kampung Marau, Sipitang

Kampung Baru Kimanis, Papar


Post a Comment

أحدث أقدم