Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali adalah antara 64 pegawai kanan polis yang terlibat dalam pemindahan yang akan berkuatkuasa pada 6 September. |
Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali bakal berpindah ke Bukit aman dan akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 Sept.
Beliau adalah antara 64 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa tarikh itu.
Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A Skandaguru dalam kenyataan berkata, tempat Hazani akan diganti Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Idris Abdullah dengan memangku pangkat CP.
Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar M M Sree yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat CP.
"Turut ditukarkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dengan memangku pangkat CP," katanya.
HAZANI GHAZALI |
Jawatan Rusdi akan digantikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
Sementara jawatan Mohamad Zainal pula akan diambil alih oleh Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah, JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
إرسال تعليق