Sabah dijangka catat sehingga 3,700 kes Covid-19

Model epidemiologi menunjukkan trend peningkatan kes Covid-19 di Sabah


KOTA KINABALU: Kes positif harian Covid-19 di Sabah dijangka meningkat sekitar 3,500 hingga 3,700 pada dua hingga tiga minggu akan datang.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Richard Avoi berkata, jika melihat trend peningkatan kes pada bulan Mei dan Jun, berkemungkinan kes akan terus meningkat dua hingga tiga minggu berikutnya.


RICHARD AVOI
Beliau berkata, kes harian di negeri ini dijangka meningkat 30 peratus sekiranya lebih ramai orang terdedah kepada jangkitan ketika kurang kawalan pergerakan sosial dan liputan vaksinasi yang masih rendah.

Ini merupakan satu cabaran untuk mengekalkan kelangsungan hidup ketika semua pihak masih berusaha menangani wabak pandemik Covid-19 ini.

“Dengan menggunakan model epidemiologi dan berdasarkan trend harian kes Covid-19 yang dilaporkan daripada 1 Jun hingga 18 Jun, diramalkan bahawa jumlah kes akan tetap meningkat dengan bilangan kes sekitar 2,000 hingga 2,500 bagi dua hingga tiga minggu akan datang.

“Jika ditingkatkan jumlah populasi yang terdedah kepada jangkitan sebanyak 30 peratus maka, jumlah kes harian dijangka meningkat menjadi sekitar 3,500 hingga 3,700 kes antara dua hingga tiga minggu akan datang.

“Justeru, keutamaan sekarang adalah untuk mengurangkan jumlah populasi yang terdedah kepada jangkitan Covid-19 melalui program vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi meningkatkan jumlah populasi dengan vaksinasi lengkap, sedikit masa masih diperlukan. Berdasarkan ramalan model epidemiologi tersebut, berkemungkinan peningkatan kes tertinggi akan berlaku.


TAUFIQ YAP YUN HIN
“Justeru, kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi kemungkinan peningkatan ini dan orang ramai disaran untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan tinggal di rumah jika tiada keperluan penting,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin menyatakan UMS akan terus komited melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT), UMS telah memberikan sebanyak 83,059 dos vaksin Covid-19 kepada orang awam sekitar bandar raya ini sejak 14 Jun lalu. -UTUSAN ONLINE

Post a Comment

أحدث أقدم