Sabah lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama menteri Kabinet Negeri dan ketua kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri pada majlis di PPNS pada Isnin.



KOTA KINABALU: Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah disambut secara sederhana.

Bertemakan 'Malaysia Prihatin', sambutan tahun ini adalah tahun kedua diadakan dalam norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hadir merasmikan pelancaran majlis itu di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.


JALUR GEMILANG: Safar (kiri) menerima Jalur Gemilang yang disampaikan oleh Hajiji (kanan).
Antara pengisian majlis termasuk penyampaian Jalur Gemilang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong mewakili penjawat awam negeri Sabah dan Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Dr. Zulkapli Mohamed mewakili penjawat awam Persekutuan.

Selain itu, Jalur Gemilang turut disampaikan kepada Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri T.C. Goh mewakili badan bukan kerajaan (NGO) dan Senior Park Ranger Engelbert Panil sebagai wakil The Kinabalu Park Ranger.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2021 Datuk Seri Panglima Masidi Manjun serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Kadzim M. Yahya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.