Tidak wajar paksa Perdana Menteri letak jawatan

Tindakan pemimpin UMNO memaksa Perdana Menteri meletak jawatan pada ketika ini adalah tidak wajar memandangkan hanya usul undi percaya di persidangan Parlimen sahaja akan diambil kira.



Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, terdapat pendapat yang berbeza dari pelbagai pihak dalam isu ini.

“Apa pun pendapat ini hanya memberi kesan kepada kepimpinan Muhyiddin apabila usul undi percaya dikemukakan di Parlimen pada September ini.

“Keputusan akhir sama ada kepimpinan Muhyiddin mendapat sokongan atau pun tidak hanya boleh ditentukan dalam persidangan Parlimen," katanya ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembinaan pusat pemprosesan buah-buahan Sabah di Pejabat FAMA Negeri Sabah, hari ini.

Beliau berkata, sokongan yang paling penting adalah sokongan semasa usul dikemukakan di Parlimen.

Katanya, kini terdapat pihak yang menyokong dan ada dari kalangan mereka menarik sokongan. Bagaimanapun semua sekongan hanya diambil kira semasa usul dikemukakan di sidang Parlimen nanti.


TINJAU: Ronald (dua kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan pusat pemprosesan buah-buahan Sabah
Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, pihaknya memuji pendirian UMNO Sabah untuk terus memberikan sokongan padu kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di peringkat negeri.


"Saya juga berharap sokongan padu ini juga dapat diberikan kepada kepimpinan Muhyiddin selaku Perdana Menteri apabila usul undi percaya dikemukakan di Parlimen nanti," katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم