Warganegara, Warga asing kini boleh dapatkan Vaksinasi 'walk in' terus di seluruh PPV Sabah

Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar-kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah.



Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar-kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata negeri ini dijangka menerima 1.5 juta dos vaksin pada Ogos, tambahan 400,000 dos daripada apa yang diumumkan pada Jun lalu.

“Bekalan ini (untuk bulan Ogos) telah bermula sejak minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu, sambil menambah bahawa bekalan vaksin ke Sabah ketika ini mencukupi.

Sementara itu, hanya 18.4 peratus daripada populasi dewasa Sabah telah divaksin sepenuhnya sementara 42 peratus telah menerima dos pertama setakat 10 Ogos.

Masidi berkata, bagaimanapun, kadar vaksinasi adalah berbeza dari satu daerah ke daerah lain.


Vaksinasi 'walk in' di selurh PPV Sabah buat individu belum terima janji temu.
“Sebagai contoh, di Beaufort, 50.7 peratus daripada penduduknya sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin, bagaimanapun terdapat beberapa daerah di mana kadar suntikan mereka kurang daripada 12 peratus.

“Kabinet Negeri telah mengarahkan Setiausaha Negeri Sabah untuk menyiasat apa yang menyebabkan perkembangan perlahan ini dan mengambil tindakan segera untuk meningkatkannya,” katanya.

Selain itu, Masidi berkata Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan semua pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) di seluruh Sabah untuk menggerakkan gerakan imunisasi untuk mencapai kuota imunisasi harian yang ditetapkan.

“Ini adalah penting supaya kadar imunisasi keseluruhan di Sabah tidak terjejas oleh daerah yang gagal mencapai sasaran imunisasi harian mereka,” jelasnya.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Sabah, Masidi berkata 34,564 individu di bawah fasa dua telah menerima dos pertama pada Rabu membawa jumlah keseluruhan kepada 1,115,944, manakala 7,383 menerima dos kedua, membawa jumlah keseluruhan kepada 437,736.

Kira-kira 16,181 individu telah mendaftar untuk vaksin pada Rabu, membawa jumlah pendaftaran kepada 1,317,878 yang bersamaan dengan 47.8 peratus kadar pendaftaran.

Post a Comment

أحدث أقدم