2 kes import baharu di Labuan sedang dianalisis untuk varian Mu dan Lambda

Seorang pekerja perubatan menyimpan sampel swab Covid-19 untuk ujian. - Foto Bernama

2 kes import baharu dikesan di Labuan

LABUAN - 2 kes import Jenis A Covid-19 baharu yang dikesan pada Selasa (7 September) di sini sedang dianalisis sama ada berkait dengan varian yang membimbangkan (VOC) untuk varian Mu dan Lambda Covid-19.

Jenis A adalah kes import membabitkan warga asing manakala Jenis B membabitkan kes dari luar Labuan tetapi dari dalam Malaysia.


Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, 2 kes berkenaan melibatkan kru kapal asing yang pelabuhan terakhir mereka adalah negara iaitu varian Mu dan Lambda Covid-19 dikesan.

“1 daripada kes tersebut dikhuatiri boleh mencetuskan jangkitan yang tinggi, jadi kita tidak ada pilihan terpaksa menghantar sampel untuk dianalisis ke Semenanjung,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Ujar Dr Ismuni, dua kes berkenaan dikesan ketika pasukan petugas kesihatan swasta menjalankan saringan Covid-19 di atas kapal itu pada 6 September.


Beliau berkata, susulan pengesanan 2 kes tersebut, kesemua 28 kru telah diarah menjalani kuarantin di atas kapal.

“Kes tersebut dikesan ketika ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) mandatori yang dikuatkuasakan ke atas kesemua anak kapal yang memasuki Labuan... ini merupakan kes import Jenis A pertama dikesan selepas varian Delta menyerang Labuan menyebabkan peningkatan mendadak kes dan kematian harian Covid-19,” katanya.

Dr Ismuni juga mendedahkan terdapat 5 kes import baharu membabitkan kru kapal asing dikesan semalam dan sebahagiannya juga akan dihantar untuk dianalisis.


Wilayah Persekutuan itu memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan merekodkan kes harian 1 digit dan tiada kematian baharu sejak 35 hari lalu, manakala jumlah kematian kekal 149 setakat Khamis. -Bernama

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.