5 ‘Pakar’ Senjata Api Buatan Sendiri Diberkas Di Ranau

http://beritaup2date.blogspot.com/ Ketua Polis Daerah Ranau, Simiun Lomudin (dua dari kiri) menunjukkan senjata api buatan sendiri serta pelbagai barangan lain yang dirampas daripada 5 suspek.

Pembikin senjata api kena tangkap di Ranau, bakal bedepan hukuman mati jika sabit kesalahan

Polis menahan lima lelaki yang dipercayai “pakar” dalam membuat senjata api buatan sendiri dalam beberapa serbuan di sekitar pekan ini, baru-baru ini.


Sebanyak 20 laras senjata api jenis bakakuk, ginsuk, senapang angin dan senapang guli serta puluhan peluru hidup turut dirampas dalam serbuan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Ranau, Simiun Lomudin berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang suspek berusia 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Kigiuk, dekat sini, pada 10 Sept lalu.


Sebaik ditahan katanya, polis merampas dua laras senjata api bersama 11 butir peluru hidup, 30 butir pelet senapang angin dan peralatan membuat senjata api.


“Hasil daripada penahanan suspek, polis meneruskan operasi dengan menyerbu beberapa lagi lokasi sekitar daerah ini dan menahan empat lagi suspek berusia 29 hingga 57 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas tujuh laras bakakuk, 11 laras senapang bersama peluru hidup dan pelet senapang angin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.


Simiun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

SOURCE: SabahPost

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.