PENAMPANG: Lapan rumah, tiga kenderaan dan sebuah gereja musnah dalam kebakaran di Kampung Babah Bunduon, di sini, hari ini.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 8.30 pagi yang membabitkan 10 keluarga itu. Kebakaran di Kampung Babah Bunduon, Penampang. – Foto Bomba
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 8.48 pagi.
Susulan itu, katanya, sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama dua jentera dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi.
Kebakaran di Kampung Babah Bunduon, Penampang. - Foto Bomba
“Sebaik saja tiba, api didapati sudah membakar sebahagian besar rumah di kampung itu. Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak.“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, api berjaya dikawal pada jam 9.20 pagi dan operasi masih diteruskan ketika ini.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BH Online
SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Post a Comment