9 Daerah Di Sabah Belum Dibenarkan Merentas Daerah Mengikut Zon

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: 9 daerah kekal sebagai ‘stand alone’ dan belum dibenarkan merentas daerah mengikut zon yang dikuatkuasakan bermula esok.

Daerah itu ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kesemua sembilan daerah itu masih tidak dibenarka merentas kerana kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa belum mencapai 60 peratus.


Bagi daerah lain dibenarkan merentas mengikut lima zon yang ditetapkan iaitu zon 1 meliputi Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud; zon 2-Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu; Zon 3-Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran; Zon 4-Lahad Datu dan Kunak dan Zon 5-Keningau, Tambunan dan Tenom.

Picture
PEMBAHAGIAN DAERAH DALAM ZON BERKUATKUASA 1 OKTOBER 2021

Dalam pada itu, kebenaran adalah diberikan kepada semua aktiviti ekonomi dan sukan untuk beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam bermula esok.


SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.