Buaya sesat di parit Likas berjaya ditangkap

Picture
BUAYA yang ditangkap di parit dekat Kolej Vokasional Likas. FOTO ihsan WRU
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Buaya sesat di Kolej Vokasional Likas berjaya ditangkap


Kota Kinabalu: Seekor buaya sepanjang dua meter berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang selama dua hari di dalam parit dekat Kolej Vokasional Likas, di sini, semalam.

Buaya itu dipercayai sesat dari habitat asal berikutan banjir.

Picture
Anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar memeriksa buaya. - gambar dari WRU

Jurucakap Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) berkata, pihaknya menerima laporan kemunculan reptilia itu oleh pihak pengurusan kolej berkenaan pada 25 September lalu.

Namun katanya, selepas dua hari pemantauan dilakukan, WRU terpaksa memasang perangkap besi dengan dilengkapi umpan bagi menangkap haiwan berkenaan.


"Hari ini, Kolej Vokasional Likas memaklumkan buaya berkenaan sudah memasuki perangkap yang disiapkan.


"Sepasukan renjer WRU kemudiannya dikerah ke lokasi untuk menjalankan operasi membawa haiwan berkenaan ke lokasi sesuai," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan renjer WRU terpaksa dibantu beberapa kakitangan kolej untuk mengangkat perangkap dari air dan membawanya ke tempat yang lebih selamat sebelum pemeriksaan dapat dilakukan.

"Buaya berkenaan kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, WRU turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Likas atas kerjasama kerana menghubungi pihak berkuasa hidupan liar sebaik menyedari kehadiran reptilia berkenaan.


Katanya, buaya itu boleh menyebabkan kemudaratan atau kejadian tidak diingini sekiranya jatuh ke tangan yang salah atau tidak bertanggungjawab. "Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Majlis Minyak Sawit Malaysia, Yayasan Pemuliharaan Hijau Kelapa Sawit Malaysia, Rayuan OrangUtan UK dan Zoo Oregon kerana membiayai semua operasi hidupan liar yang dijalankan WRU," katanya.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم