Robert Tawik memantau keadaan jalan runtuh di jalan KM 14. |
KENINGAU: Jalan utama di Kilometer 14 dan Kilometer 18 Jalan Keningau – Apin-Apin di Kg Liau Laut dan Kampung Kikiran di sini terpaksa ditutup pada awal pagi Jumaat kerana runtuh.
Keadaan jalan tanah runtuh di KM 18. |
Jurutera JKR Keningau, Zulkefli Salip Arjud, ketika dihubungi berkata kerja-kerja membaiki jalan rosak itu akan dilakukan segera oleh konsesi Lintasan.
“Justeru, saya minta penduduk di daerah ini yangingin ke Apin-Apin atau daerah Tambunan agar menggunakan jalan Magatang-Ranggom Kapayan,” katanya.
Keadaan jalan tanah runtuh di KM 18.
Sementara itu, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin, bergegas ke lokasi selepas menerima aduan daripada orng awam mengenai jalan runtuh ekoran hakisan yang dicetuskan oleh hujan lebat semalaman di daerah itu.
Beliau yang juga Adun Bingkor berkata jalan itu yang merupakan laluan utama untuk orang ramai dari Keningau ke Apin-Apin atau daerah Tambunan dan sebaliknya, terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, DSP Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi meminta orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca ketika ini dan segera melaporkan sebarang insiden, khususnya tanah runtuh, jalan rosak atau runtuh dan banjir kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.
Sementara itu di BEAUFORT, jalan utama ke Kampung Binunuk dan Balibata berhampiran pejabat SESB runtuh akibat hakisan tebing ekoran air naik di Sungai Padas, pada pagi Jumaat.
Seorang penduduk Kg Binunuk yang hanya ingin dikenali sebagai Sumali berkata Jabatan Kerja Raya perlu mengambil tindakan segera kerana hakisan lanjut di lokasi itu akan memutuskan perhubungan dari kampung-kampung berdekatan ke Pekan Beaufort.
“Itu adalah satu-satunya laluan dari Kg Binunuk dan Balibata ke Beaufort,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar kenderaan berat dihalang menggunakan jalan itu untuk mengurangkan risiko hakisan lebih teruk disebabkan hentakan dan gegaran ketika kenderaan berat melaluinya.
Pihak JKR juga wajar bertindak segera bagi mengelak risiko kemalangan termasuk melebarkan jalan di sebelah kanan agar dapat dilalui oleh kenderaan, katanya. – Warta Oriental
إرسال تعليق