Kelonggaran rentas daerah mengikut zon tidak lama lagi - Masidi

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kebenaran rentas daerah di Sabah mengikut zon tidak lama lagi

KOTA KINABALU: Sabah akan melaksanakan semula sistem rentas daerah mengikut 6 zon di seluruh negeri dalam masa terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata ia sejajar 60 peratus penduduk dewasa sudah lengkap vaksin COVID-19.


Beliau berkata, pelaksanaan semula sistem itu sejajar dengan keputusan untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat.


“Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Kami sudah sepakat untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat.


“Untuk masa terdekat ini, oleh kerana kita sudah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus populasi dewasa, kita akan kembali kepada sistem zon yang membahagikan Sabah kepada enam zon,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Masidi berkata, penduduk di sesuatu zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali dari atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus penduduk dewasa.


Katanya, beliau turut mencadangkan agar kebenaran rentas daerah seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi penduduk dewasa mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

Larangan rentas daerah yang dilaksanakan sejak Mei lalu masih dikuatkuasakan di seluruh negeri kecuali antara daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Dalam pada itu, beliau yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, berkata kerajaan negeri turut berharap agar Sabah akan beralih ke fasa seterusnya bersama negeri lain menjelang akhir bulan depan.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.