Pekerjaan Pembersihan ditemui mati
KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang gagal dihubungi ahli keluarganya sejak kelmarin ditemukan meninggal dunia di kawasan belakang sebuah perumahan flat di Jalan Tuaran berhampiran sebuah stesen minyak di sini semalam.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri menjalankan operasi membantu mengangkat mangsa keluar dari kawasan semak.
Pasukan bomba dan penyelamat hadir di lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dari kawasan semak.
Katanya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, mangsa ditemukan kira-kira jam 1 petang dalam keadaan terbaring di dalam semak oleh adik kandungnya.
Hasil temubual bersama adik mangsa yang enggan dikenali berkata mangsa gagal dihubungi sejak petang kelmarin dan usaha mencarinya cuba dilakukan oleh ahli keluarganya.
“Kali terakhir saya menghubungi abang pada jam 9 pagi kelmarin untuk memberitahu bahawa ada kesan runtuhan tanah di belakang flat berkenaan.
“Abang kemudian memberitahu dia akan naik ke bukit berkenaan untuk melihat keadaan tanah runtuh itu,” katanya.
Beliau berkata dia dan ahli keluarga cuba untuk menghubungi abangnya bagaimanapun panggilan mereka tidak disambut.
“Kami berusaha mencarinya dan hati saya terdetik untuk naik ke bukit itu dan saya amat terkejut dan sedih melihat abang saya terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia terus memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.
SOURCE: Utusan Borneo
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق