Mangsa banjir Sabah kekal 75 orang pagi ini

Hujan tanpa henti lebih 48 jam sejak lewat petang 31 Ogos lepas telah mengakibatkan 60 kampung di dua daerah di Sabah terjejas banjir. - Foto BERNAMA

Bernama September 5, 2021 10:42 MYT KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 75 orang membabitkan 25 keluarga dan kesemuanya ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi setakat jam 8 pagi ini.

Mangsa banjir Sabah kekal 75 orang pagi ini

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima (DSP) Dun Banir di Beaufort.


"Tinjauan di kawasan terlibat banjir masih diteruskan," menurut kenyataan itu hari ini.


Hujan tanpa henti lebih 48 jam sejak lewat petang 31 Ogos lepas telah mengakibatkan 60 kampung di dua daerah di Sabah terjejas banjir masing-masing 45 kampung di Beaufort dan 15 kampung di Membakut. -- BERNAMA

Post a Comment

أحدث أقدم