Anggota mencari dan menyelamat membawa mayat mangsa keluar dari sungai Pomotodon. |
KOTA KINABALU: Mangsa terakhir yang dihanyutkan arus deras ketika kereta yang dinaiki cuba menyeberangi jambatan yang ditenggelami air banjir di Jalan Kionsom Lama pada petang 3 September, telah ditemui hari ini.
Mayat Simon Sanga Tupe, 68, dikatakan ditemui dalam keadaan ditimbuni tanah bawaham air banjir di sungai Kampung Dambai kira-kira 12 kilometer daripada lokasi kejadian (jambatan).
Pemandu kereta Myvi yang hilang di Jalan Kionsom Inanam telah di temui meninggal di sungai dambai berhampiran dengan Sk Pomotodon, Inanam. Takziah kepada keluarga.. |
Kereta yang dinaiki kedua mangsa tersebut, yang dipandu oleh Simon yang remuk juga telah ditemui oleh orang awam 200 meter daripada lokasi kejadian pada jam 7.20 pagi 4 September di sungai yang sama.
Rakaman video menunjukkan Myvi yang dinaiki mereka cuba menyeberangi jambatan pada jam 6.45pm pada 3 September tular dalam media sosial sejak.
Kenderaan dinaiki oleh kedau-dua mangsa tersebut dilaporkan hanyut semasa cuba melalui jambatan di Sungai Kionsom yang mula dinaiki air akibat hujan lebat. - Warta Oriental
***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.
إرسال تعليق