Perjanjian baharu dengan Putrajaya mestilah berdasarkan MA63, kata Ongkili

http://beritaup2date.blogspot.com/ Setiap ‘perjanjian baharu’ dengan Putrajaya perlu berdasarkan MA63 – Datuk Seri Dr Maximus Ongkili

Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat

KOTA KINABALU - Merangka draf perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah suatu langkah tepat terutama untuk Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.


Beliau berkata, ini kerana MA63 adalah amat penting bagi Sabah dan Sarawak kerana tanpa dokumen itu tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Katanya, semua pihak perlu memahami bahawa MA63 dan Akta Malaysia juga dibentangkan di peringkat Parlimen serta Dewan Undangan Negeri di Sabah dan Sarawak.

"Sudah tentu kita perlu membuat perjanjian baharu dengan Putrajaya tetapi ia mestilah berdasarkan MA63, katakan jika anda tidak berpuas hati dengan Perlembagaan Persekutuan, apa dokumen rujukan yang boleh digunakan untuk membahaskannya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.


Maximus berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Jumaat yang menggesa pemimpin Sabah dan Sarawak berhenti membangkitkan MA63 sebaliknya merangka perjanjian baharu dengan Putrajaya yang akan menguntungkan kedua-dua negeri itu.

“Di peringkat Persekutuan mesti mempunyai sebuah perjanjian sebagai titik rujukan asas, oleh itu dalam hal ini jika tidak ada MA63 maka tiadalah titik rujukan asas,” kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu. - Bernama

Sinar Harian


Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

أحدث أقدم