Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 23 September. |
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 2 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 10 September hingga 23 September ini.
Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 10 September hingga 23 September seperti berikut:
a) Kampung Ulu, Putatan
b) Kampung Pasir Putih, Putatan
Lanjutan PKPD 10 hingga 23 September
a) Kampung Pengalat, Papar.b) Kampung Lohan Ulu, Ranau.
Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad |
Penamatan PKPD 8 dan 9 September
a) 2 lokaliti di Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Apas Batu 8, Tawau.b) Kampung Libang, Ranau.
c) 3 lokaliti di Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia, Telupid
d) 2 lokaliti di Beverly Fasa 5 dan Kampung Nambazan, Penampang
e) Rancangan Batu 22 Apas, Tawau
f) Kampung Landung Ayang, Kudat
Kongsikan artikel ini:
إرسال تعليق