Polis Cari Waris Penunggang Motosikal Yang Maut Di Jalan Lok Kawi-Penampang

MAUT: Mayat mangsa dan motosikal di lokasi kejadian selepas kemalangan terbabit.

Warga asing maut motosikal terbabas sendiri

PENAMPANG, SABAH – Polis sedang mencari waris bagi seorang penunggang motosikal yang maut di jalan Lok Kawi – Penampang kelmarin.


Maklumat identiti mangsa didedahkan sebagai Shabastian Anis berumur 30 tahun dan bukan warganegara. Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati mangsa hilang kawalan dan terbabas ke arah jalan bertentangan dalam kejadian 5.30 pagi itu.


“Mangsa telah disahkan maut pada tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth… “Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa untuk segera menghubungi balai polis yang berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Insp Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya.


Pada malam Sabtu lalu, seorang anggota polis berpangkat Koperal turut maut pada jalan yang sama selepas motosikal yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori.

SOURCE: Sabah News

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم