Sabah Belanja Lebih RM3 Bilion Tangani Covid-19

Picture
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun (tengah) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di Bangunan DUN Sabah hari ini. - Foto BERNAMA
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Sabah membelanjakan RM3.11 bilion untuk melaksanakan pelbagai inisiatif membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.86 bilion adalah dana daripada kerajaan Pusat, manakala RM1.25 bilion disediakan kerajaan negeri.


Katanya, dana kerajaan Pusat disalurkan melalui pelbagai inisiatif yang disediakan dalam pelbagai pakej bantuan kepada rakyat dan agensi Persekutuan, khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“JKNS Sabah menerima peruntukan untuk pengurusan COVID-19 berjumlah RM256.94 juta, termasuk RM121.43 juta pada tahun ini, manakala NADMA Sabah pula menerima RM102 juta.


“Di pihak kerajaan negeri pula, secara keseluruhan sejak pandemik COVID-19 bermula, sebanyak RM1.25 bilion dibelanjakan untuk membantu rakyat terjejas pendapatan, termasuk Bantuan Sabah Prihatin 2.0 dan 3.0,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Jaujan Sambakong (WARISAN – Sulabayan) mengenai peruntukan yang dibelanjakan di Sabah sepanjang tempoh pandemik COVID-19.


Masidi berkata, sebanyak 11 inisiatif disediakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat termasuk bantuan wang tunai secara ‘one-off’, bakul makanan dan komputer untuk pelajar golongan e-kasih yang menduduki peperiksaan awam.


“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan peka terhadap kebajikan dan keperluan rakyat terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Ramai yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan, pengoperasian perniagaan tidak mendapat keuntungan, kehilangan keluarga tersayang dan sebagainya,” katanya. – BH Online

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم