Sabah belum benarkan rentas daerah

Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belum lagi dibenarkan di Sabah.

KOTA KINABALU: Semua pergerakan rentas daerah di Sabah belum dibenarkan pada masa ini kecuali bagi urusan tertentu termasuk kecemasan.


Penjelasan itu diharap dapat meredakan kekeliruan yang timbul akibat mesej tular yang tidak sahih mengenai kebenaran rentas daerah di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pada masa ini kebenaran rentas daerah masih tertakluk kepada hal kecemasan, pekerjaan dengan surat majikan serta janji temu vaksinasi Covid-19.

Idris Abdullah
Urusan lain yang dibenarkan rentas daerah seperti perkhidmatan perlu, pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin melawat anak berumur 18 tahun dan ke bawah.


Sebelum ini, satu notis kebenaran rentas daerah di Sabah tular dalam media sosial.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sekeras-kerasnya notis yang ditularkan itu.

“Hasil siasatan mendapati notis berkenaan adalah notis lama yang dikeluarkan pada 6 Mei 2020 dan disebarkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, pada masa ini pergerakan individu daripada rumah yang sama dan golongan dewasa yang lengkap vaksin turut dibenarkan keluar dalam daerah sama berdasarkan jumlah kapasiti kenderaan.


Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih atau palsu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Tindakan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 dan penjara setahun.- UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

أحدث أقدم