Sabah & Labuan Dilanda Hujan Lebat Esok Hingga Selasa

http://beritaup2date.blogspot.com/ Sabah & Labuan Dilanda Hujan Lebat Esok Hingga Selasa
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan, esok hingga Selasa.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan kawasan terbabit di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.


Beliau berkata, seluruh Labuan turut terbabit dengan amaran cuaca itu.


“Angin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya. – BERNAMA

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم