Upacara menghormati kematian cetus Kluster baru di Ranau

Picture
Perhimpunan pengebumian mencetuskan Kluster di Ranau
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Sabah kembali ke angka empat digit, 1,000 kes baharu Covid-19 hari ini

KOTA KINABAlU: Sabah mencatatkan 1,000 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 35 kes berbanding kelmarin (965).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, sehingga kini, kes harian tertinggi yang pernah direkodkan di Negeri Sabah adalah sebanyak 3,487 kes yang dicatatkan pada 26 Ogos 2021.


“Pada hari ini, terdapat 14 daerah yang merekodkan peningkatan kes dengan kumulatif peningkatan sebanyak 204 kes, manakala 13 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan kumulatif penurunan sebanyak 169 kes.

“Bagi kawasan bandar utama pula, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 114 (+19) kes. Angka kes bagi bandar-bandar lain ialah Penampang sebanyak 58 kes (+39), Sandakan 96 kes (+32), Kudat 29 kes (+14), Semporna 12 kes (+1), Lahad Datu 49 kes (-47), Putatan 17 kes (-10) dan Tawau 31 kes (-9).

“Daerah lain yang merekodkan peningkatan ketara pada hari ini ialah Papar (+26 kes), Kota Belud (+23), Tenom (+12), Kunak (+12), Ranau (+11) dan Beaufort (+10).

*Manakala daerah yang merekodkan penurunan ketara pula ialah Kota Marudu (-35), Tuaran (-14), Telupid (-13) dan Sipitang (-10),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Kluster baharu hari ini, iaitu Kluster Mokodou – Ranau, diklasifikasikan sebagai kluster komuniti.

Katanya, kluster baharu yang didaftar di Ranau hari ini mencatatkan 43 kes positif baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan warga emas lelaki, 65, yang dikesan positif hasil saringan bergejala (RTK AG positif dengan grading 97%) di Hospital Ranau pada 25 September 2021.

“Siasatan awal mendapati, isteri kepada kes indeks telah meninggal dunia di rumah mereka di Kampung Mokodou kerana penyakit kanser usus tahap 4 pada 15 September 2021.

“Upacara penghormatan terakhir kepada arwah telah dijalankan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh hampir 60% penduduk Kg. Mokodou serta kaum keluarga daripada Kg. Tumbalang.


“Saringan kontak rapat telah dilakukan pada 27 dan 28 September 2021 dan mengesan pertambahan bilangan kes positif di Mukim Malinsau dan Mukim Timbua dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang menghadiri majlis pengebumian di Kg. Tumbalang,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.

Daripada 146 orang yang disaring, katanya, 94 orang didapati positif termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan hari ini.


“Kluster komuniti ini berpunca daripada kehadiran ke upacara penghormatan orang meninggal dunia. Lebih daripada 60% penduduk kampung hadir di acara tersebut dan setakat ini 94 telah dikesan positif dan dijangka akan bertambah apabila keputusan saringan diketahui sepenuhnya,” jelasnya.

Beliau berkata, kurang daripada 3% kes tertunggak yang melebihi 4 hari didaftarkan hari ini menandakan terdapat peningkatan dalam urustadbir data.

“Daripada 1,000 kes yang didaftar hari ini, 326 kes (32.6%) adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 24 kes (2.40%) adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 5 kes (0.50%) adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari selepas keputusan saringan diketahui. Terdapat 15 kes melibatkan OKT atau Banduan yang direkodkan hari ini,” ujarnya.


Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 551 kes (55.1%), manakala saringan bergejala menyumbang 349 kes (34.9%), 24 kes (2.4%) daripada saringan kluster, 1 kes (0.1%) dari saringan bersasar dan 75 kes (7.5%) melalui saringan lain-lain.

Daripada 1,000 kes yang berdaftar hari ini, kata Masidi, 232 kes (23.2%) adalah pesakit dalam kategori satu, 715 kes (71.5%) dalam kategori dua, 2 kes dalam kategori tiga, 7 kes dalam kategori empat dan 5 kes dalam kategori lima. 39 kes masih dalam siasatan.

Sebanyak 95.3% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.


Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 114 (95)

Ranau 99 (88)

Sandakan 96 (64)

Kota Marudu 70 (105)

Keningau 66 (72)

Kota Belud 59 (36)

Penampang 58 (19)

Papar 52 (26)

Tuaran 51 (65)

Lahad Datu 49 (96)

Tenom 34 (22)

Tawau 31 (40)

Pitas 29 (36)

Beaufort 29 (19)

Kudat 29 (21)

Nabawan 20 (29)

Kinabatangan 18 (15)

Kunak 18 (6)

Tambunan 17 (11)

Putatan 17 (27)

Sipitang 13 (23)

Semporna 12 (11)

Beluran 8 (10)

Kuala Penyu 7 (5)

Telupid 4 (17)

Tongod 0 (5)

Kalabakan 0 (2)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 28/09)

Kluster Baharu

Kluster Mokodou

Ranau 94 (+43)

Kluster Komuniti (upacara menghormati kematian)


SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.