Remaja Labuan mendapat suntikan vaksin Covid-19 mereka pada 11 September 2021. (Gambar Bernama) |
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 sehingga 17 tahun bermula hari ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media, berkata perkara itu sudah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet negeri pada Selasa.
“Ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa banyak remaja dari kumpulan berisiko tinggi untuk diberikan vaksin dan juga pembukaan semula sekolah yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan KKM menyasarkan tiga juta remaja di negara ini akan menerima vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.
Sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KKM.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemberian vaksin kepada remaja akan cuba diselesaikan sebelum pembukaan sekolah pada Januari tahun depan. – BH Online
Kongsikan artikel ini:
إرسال تعليق